Wednesday, October 7, 2009

Program Rakan Muda 2009 ( Sesi II )


Program Rakan Muda 2009 (Elemen Rakan Muda Inovasi)
- Kursus Blog dan Internet

Anjuran : Pejabat Belia dan Sukan Padang Terap
Tempat : Pusat Internet Desa Kuala Nerang, Kedah
Tarikh : 10 - 11 & 14-15 Jun 2009
Masa : 2.00 petang - 6.30 petang
Bilangan peserta : 30 orang

Objektif :

Antara Objektif Program adalah memperkayakan penggunaan internet di kalangan golongan remaja di samping mereka dapat menambah pengetahuan mereka mengenai aplikasi internet ini.

Sedikit keterangan mengenai Blog

Apa itu Blog?blog adalah salah satu laman web yang kebiasaannya dipelihara oleh seseorang individu atau organisasi tertentu untuk memaparkan penulisan, deskripsi, atau satu bahan grafik mahupun video. Selalunya blog mengandungi komentar, berita, perkongsian maklumat serta diari persendirian secara online. Blog juga merupakan kombinasi sesebuah teks, gambar, video, mp3 dan ‘link’ ke satu blog ke blog, laman web lain, dan antara media yang ingin di sampaikan. Format yang paling penting untuk sesebuah blog, pembaca selalunya boleh meninggalkan komen. Kebanyakan blog dibina oleh seseorang adalah bergantung kepada inspirasi diri sendiri contohnya mereka fokus kepada seni ( art blog), fotografi, (photo blog), sketch blog, blog video, blog mp3, podcasting. Blog juga adalah salah satu media sosial yang berkembang secara meluas pada setiap masa

.Galeri gambar :



No comments:

Post a Comment