Tuesday, October 13, 2009

Program E-Servis Komuniti Fasa 3

Nama Jurulatih : Mohd Faidzal Bin Fatoni

Tarikh : 16 Jun 2009 (Selasa)

Latihan e-Servis Komuniti PID Kuala Nerang bermula hari ini. Jurulatih memulakan latihan dengan mengajar para peserta bagaimana untuk menggunakan PID Portal. 3 topik telah dicoveroleh jurulatih iaitu Laman Utama, e-Kerajaan dan e-Pembelajaran. Kesemua peserta awal-awal lagi telah dibekalkan dengan modul latihan dan dengan ini memudahkan lagi mereka untuk memahai dan mengulangkaji terlebih dahulu apa itu PID Portal.


Tarikh : 17 Jun 2009 (Rabu)

Latihan sesi ke 2 disambung dengan tajuk e-Kedai. Melalui potlet e-Kedai ini, setiap peserta dapat mempelajari bagaimana untuk mewujudkan e-Kedai mereka sendiri dan mempamerkan produk masing-masing untuk dipromosikan kepada komuniti lain dan juga para pengunjung PID Portal. Selain itu, mereka juga dapat mengggunakan dan membuat transaksi seperti sesuatu produk dari e-Kedai dari komuniti di PID lain yang terdapat dalam PID Portal ini.


Tarikh : 18 Jun 2009 (Khamis)

Bagi sesi yang ke 3 ini, peserta telah diajar menggunakan potlet Kalendar Peristiwa, Galeri Media dan juga Forum. Rata-rata peserta dapat memahami bagaimana untuk menggunakan potlet-potlet yang telah diajar oleh jurulatih. Untuk sesi selingan, jurulatih memberi peluang kepada para peserta untuk berbincang di dalam ruang sembang dan bertukar-tukar pandangan dengan komuniti di Pusat Internet Desa yang lain dimana mereka turut menjalankan latihan e-Servis untuk komuniti.


21 Jun 2009 (Ahad)

Bagi sesi yang ke 4 ini, antara topik yang telah dicover adalah PID TV dan Iklaneka. Selepas itu, para peserta telah diberikan satu permainan iaitu Treasure Hunt. Setiap peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan sebanyak 7 klu. Setiap kumpulan wajib menghabiskan kesemua klu yang telah diberikan dan pemenang akan diberikan kepada mana-mana kumpulan yang berjaya menghabiskan klu dengan catatan masa yang paling pantas. Setiap peserta begitu gigih menjawab setiap klu yang diberikan ditambah pula dengan cabaran iaitu masalah talian internet yang agak slow pada ketika itu. Dan akhirnya kumpulan 2 telah berjaya memenangi treasure hunt tersebut.


22 Jun 2009 (Isnin)

Pada hari ke 5 ini, para peserta diberi penerangan mengenai e-Kerajaan ataupun Electronic Government (EG) dan apakah manfaat yang dapat diperolehi dengan menggunakan aplikasi EG ini. Slide persembahan kami perolehi semasa menghadiri Kursus e-Services di Tanjung Bunga Beach Hotel yang lalu. Antara aplikasi e-Kerajaan yang telah disentuh adalah seperti www.elx.gov.my. Aplikasi ini membantu pencari pekerjaan dan majikan dipadankan secara elektronik.


23 Jun 2009 ( Selasa )

Hari ini adalah hari terakhir kami menjalani latihan e-Servis untuk komuniti di PID Kuala Nerang. Topik pada hari ini adalah e-Padangan ataupun e-Dagang. E-Dagang atau perdagangan elektrobik diwujudkan untuk menyelesaikan masalah jarak dan waktu. Melalui teknik ini peniaga dan pembeli dapat berinteraksi di alam maya. Manakala peniaga-peniaga boleh mendirikan kedai-kedai maya mereka yang dapat mempamerkan dan mempromosikan barangan jualan mereka. Melalui e-Dagang, pembeli ini boleh membuat bayaran dengan menggunakan wang elektronik, kad kredit, bank maya atau mengepos terus cek kepada penjual tersebut. Antara aplikasi e-Dagang yang selalu digunakan oleh peserta adalah seperti www.mudah.my, www.lelong.com.my www.agribazar.com dan banyak lagi. Program ini berakhir dengan majlis penyampaian cenderahati kepada peserta kursus.


Galeri gambar semasa berlangsungnya Kursus e-Servis untuk Komuniti di Pusat Internet Desa Kuala Nerang



No comments:

Post a Comment