Monday, December 14, 2009

Karnival Usahawan & ICT

Anjuran : Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam dan Pusat Komuniti ITU-UUM
Tarikh : 11 - 12 Disember 2009
Tempat : Padang Felda Bukit Tangga, Kedah


Keterangan Program :

Karnival Usahawan & ICT ini adalah satu inisiatif ICT Kebangsaan dari MSC Malaysia dalam usaha merangsang minda komuniti ke arah keusahawanan dan ICT. Ia merupakan satu program yang mensasarkan golongan luar bandar untuk celik dalam bidang keusahawanan dan juga ilmu ICT.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan jualan produk telah diadakan disamping terdapat juga pelbagai acara seperti sukaneka rakyat, pertandingan mewarna kanak-kanak, bengkel ICT, seminar keusahawanan, pertandingan bola sepak, pertunjukan wayang pacak dan banyak lagi aktiviti yang menarik telah diadakan telah memeriahkan lagi karnival usahawan & ICT tersebut.

Program ini boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada sektor ekonomi setempat selain sebagai satu pembaharuan cara hidup dengan kecanggihan ICT yang sedia ada menambahkan lagi minat penduduk setempat dalam menjana pendapatan mereka

Tahniah kepada PID Bukit Kayu Hitam dan juga Pusat Komuniti ITU-UUM kerana telah berjaya menganjurkan program karnival keusahawanan dan ICT ini dengan jayanya.