Sunday, June 13, 2010

Karnival ICT

Selesai sudah program Karnival ICT di PID Kuala Nerang. Karnival ini adalah sebahagian daripada aktiviti bersempena dengan Karnival Keusahawanan Sosial yang berlangsung secara serentak di 42 buah buah Pusat Internet Desa di seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti keusahawanan dan juga ICT bakal dilaksanakan.

PID Kuala Nerang juga tidak terkecuali menganjurkan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempatnya. Bagi PID Kuala Nerang, kami membahagikan kepada 2 sesi iaitu Karnival Keusahawanan Sosial dan juga Karnival ICT. Karnival ICT telah berlangsung pada selama empat hari berturut-turut di mana telah melibatkan 10 orang peserta berumur lingkungan 18-20 tahun.

Hari Pertama
07 Jun 2010 (Isnin)
Bengkel "Photo Editing" menggunakan perisian Photoscape
Hari Kedua
08 Jun 2010 (Selasa)
Bengkel Membina Blog
Hari Ketiga
09 Jun 2010 (Rabu)
Menghasilkan "Story Board" & Digital Story Telling

Hari Keempat
10 Jun 2010 (Khamis)
Pertandingan ICT
~ Kuiz Sudoku
~ Menaip Terpantas
~ Explorace ICT
Penyampaian Hadiah dan Sijil Penyertaan

No comments:

Post a Comment