Sunday, August 8, 2010

DST PID


Digital Story Telling Pusat Internet Desa Zon Utara
Bengkel Latihan Jurulatih
Karnival Usahawan & ICT & Multimedia Kreatif
07 - 09 Ogos 2010
@ De Palma Hotel, Ampang

Sunday, August 1, 2010

Expo Sinar Rakyat, KKS PID 2010 Zon Utara

Pada 16 - 18 Julai 2010 yang lalu, Pusat Internet Desa Zon Utara bergabung menjayakan Expo Sinar Rakyat bersempena dengan Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010. Antara PID yang terlibat adalah PID Bukit Kayu Hitam, Yan, Kuala Nerang, Kupang - (KEDAH), Tasek Gelugor, Balik Pulau- (PULAU PINANG) dan Simpang Empat - (PERLIS). Majlis Pelancaran Expo Sinar Rakyat ini telah disempurnakan oleh Encik Zulfitri Yaakob, yang merupakan Setiausaha Sulit kepada Dato' Johari bin Baharum, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Kedah.

Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam yang merupakan tuan rumah Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010 telah bergabung dengan Syarikat Gemalah Trading Sdn Bhd. Karnival mini expo ini telah diadakan di tapak Letak Kereta berhadapan dengan Kompleks Canglun (C-Mart) merupakan lokasi yang sangat strategik dan menjadi tumpuan umum.

Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010 berlangsung selama pada bulan Jun dan Julai 2010 mengetengahkan tiga (3) aktiviti kursus iaitu bengkel Portal PID, e-Karnival dan Mini Expo jualan dan pameran usahawan tempatan. Manakala bengkel Portal PID bertujuan untuk melatih komuniti dalam penggunaan kemudahan portal yang telah disediakan secara percuma seperti mendaftar e-Kedai bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan usahawan tempatan kepada masyarakat luar.

Hampir 30 buah booth pameran dan jualan daripada agensi kerajaan dan swasta turut mengambil bahagian dalam Expo Sinar Rakyat tersebut. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan dengan jayanya sepanjang karnival berlangsung. Antaranya adalah seperti pertujukan wayang kulit, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertujukan kereta, cabutan bertuah dan banyak lagi. Sementara itu di booth PID juga tidak ketinggalan mengadakan aktiviti yang tersendiri iaitu permainan suka ria zuma, pertandingan makan buah, pertandingan teka bilangan gula-gula, music chair dan banyak lagi.

Secara keseluruhannya, karnival ini telah berjaya berlangsung dengan jayanya dengan sokongan semua pihak.



Kalendar KKS 2010

Berikut merupakan Kalendar Karnival Keusahawanan Sosial PID Kuala Nerang
bagi tahun 2010