Thursday, October 29, 2009

Global Entrepreneurship Week 2009

PID KUALA NERANG, KEDAH

AKTIVITI GEW MALAYSIA

15 - 25 November 2009


Antara aktiviti yang bakal diadakan adalah:

- Memperkenalkan Portal PID

- Bengkel Blog

- Bengkel Digital Story Telling (DST)

- Bengkel merekabentuk kad perniagaan

- Pendaftaran e-Perolehan

- Program bersama KEMAS

- Hari terbuka PID Kuala Nerang

- Lawatan ke tapak projek usahawan tempatan

- dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik...


untuk maklumat lanjut:

* * sila hubungi Pengurus @ Penolong Pengurus PID Kuala Nerang

Tel / Fax : 04-7865284


Tuesday, October 13, 2009

PAMERAN & PERSIDANGAN USAHAWAN BUMIPUTRA KEBANGSAAN 2009

Tempat : Village Mall, Sungai petani, Kedah
Tarikh : 30 Oktober 2009


Agenda:

1. Pameran/Exhibition

Menjadi tapak (Standard Booth, 3x3 meter persegi) untuk para usahawan & syarikat mempamerkan produk jualan & perkhidmatan mereka. Selain itu, para usahawan & syarikat dibenarkan menjual barangan dan produk pada hari berkenaan di samping mencari agent, dealer, franchising, kursus,menjual konsep perniagaan ataupun networking

2. Persidangan/Conference

Sesi berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli perniagaan yang berjaya dan wakil-wakil Kerajaan di dalam pembangunan usahawan


3. Pemadanan Perniagaan/Business Matching

Peluang untuk para usahawan menambah jaringan kerja & potensi perniagaan serta mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada agensi-agensi berkaitan.

* sumber dari : PID Portal

PID Launch Portal


Setinggi-tinggi Penghargaan Terima Kasih Buat
Yang Berhormat Dato' Joseph Salang
(Timbalan Menteri 1 Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan)
di atas kesudian beliau merasmikan PID Portal yang berlangsung di
Pusat Internet Desa Song, Sarawak

pada 11 Oktober 2009

PID menyokong konsep "1 MALAYSIA"
bersama-sama merealisasikan impian kerajaan untuk
"MERAPATKAN JURANG DIGITAL"


Borang DST

* meh la kita ramai-ramai masuk pertandingan DST ni

PID Social Entrepreneurs's Fair

Bakal dilaksanakan di seluruh 42 buah Pusat Internet Desa di seluruh negara. Pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan dengan kerjasama oleh komuniti setempat dan akan dipantau oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kemudayaan dan juga oleh Warisan Global.

PID Kuala Nerang turut tidak terkecuali mengambil bahagian di mana antara aktiviti yang bakal dilaksanakan di sini adalah seperti mengadakan bengkel membuat Digital Story Telling, program bersama KEMAS, lawatan ke tapak projek tanaman cendawan, melawat PID Yan, bengkel web 2.0 dan banyak lagi aktiviti yang menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, bolehlah menghubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PID Kuala Nerang.

Pengurus : Cik Siti Fatimah Binti Ayob
Pen. Pengurus : Muhamad Noorizan Bin Ramli

MyPID

PID MENYOKONG KONSEP 1 MALAYSIA

Program E-Servis Komuniti Fasa 3

Nama Jurulatih : Mohd Faidzal Bin Fatoni

Tarikh : 16 Jun 2009 (Selasa)

Latihan e-Servis Komuniti PID Kuala Nerang bermula hari ini. Jurulatih memulakan latihan dengan mengajar para peserta bagaimana untuk menggunakan PID Portal. 3 topik telah dicoveroleh jurulatih iaitu Laman Utama, e-Kerajaan dan e-Pembelajaran. Kesemua peserta awal-awal lagi telah dibekalkan dengan modul latihan dan dengan ini memudahkan lagi mereka untuk memahai dan mengulangkaji terlebih dahulu apa itu PID Portal.


Tarikh : 17 Jun 2009 (Rabu)

Latihan sesi ke 2 disambung dengan tajuk e-Kedai. Melalui potlet e-Kedai ini, setiap peserta dapat mempelajari bagaimana untuk mewujudkan e-Kedai mereka sendiri dan mempamerkan produk masing-masing untuk dipromosikan kepada komuniti lain dan juga para pengunjung PID Portal. Selain itu, mereka juga dapat mengggunakan dan membuat transaksi seperti sesuatu produk dari e-Kedai dari komuniti di PID lain yang terdapat dalam PID Portal ini.


Tarikh : 18 Jun 2009 (Khamis)

Bagi sesi yang ke 3 ini, peserta telah diajar menggunakan potlet Kalendar Peristiwa, Galeri Media dan juga Forum. Rata-rata peserta dapat memahami bagaimana untuk menggunakan potlet-potlet yang telah diajar oleh jurulatih. Untuk sesi selingan, jurulatih memberi peluang kepada para peserta untuk berbincang di dalam ruang sembang dan bertukar-tukar pandangan dengan komuniti di Pusat Internet Desa yang lain dimana mereka turut menjalankan latihan e-Servis untuk komuniti.


21 Jun 2009 (Ahad)

Bagi sesi yang ke 4 ini, antara topik yang telah dicover adalah PID TV dan Iklaneka. Selepas itu, para peserta telah diberikan satu permainan iaitu Treasure Hunt. Setiap peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan sebanyak 7 klu. Setiap kumpulan wajib menghabiskan kesemua klu yang telah diberikan dan pemenang akan diberikan kepada mana-mana kumpulan yang berjaya menghabiskan klu dengan catatan masa yang paling pantas. Setiap peserta begitu gigih menjawab setiap klu yang diberikan ditambah pula dengan cabaran iaitu masalah talian internet yang agak slow pada ketika itu. Dan akhirnya kumpulan 2 telah berjaya memenangi treasure hunt tersebut.


22 Jun 2009 (Isnin)

Pada hari ke 5 ini, para peserta diberi penerangan mengenai e-Kerajaan ataupun Electronic Government (EG) dan apakah manfaat yang dapat diperolehi dengan menggunakan aplikasi EG ini. Slide persembahan kami perolehi semasa menghadiri Kursus e-Services di Tanjung Bunga Beach Hotel yang lalu. Antara aplikasi e-Kerajaan yang telah disentuh adalah seperti www.elx.gov.my. Aplikasi ini membantu pencari pekerjaan dan majikan dipadankan secara elektronik.


23 Jun 2009 ( Selasa )

Hari ini adalah hari terakhir kami menjalani latihan e-Servis untuk komuniti di PID Kuala Nerang. Topik pada hari ini adalah e-Padangan ataupun e-Dagang. E-Dagang atau perdagangan elektrobik diwujudkan untuk menyelesaikan masalah jarak dan waktu. Melalui teknik ini peniaga dan pembeli dapat berinteraksi di alam maya. Manakala peniaga-peniaga boleh mendirikan kedai-kedai maya mereka yang dapat mempamerkan dan mempromosikan barangan jualan mereka. Melalui e-Dagang, pembeli ini boleh membuat bayaran dengan menggunakan wang elektronik, kad kredit, bank maya atau mengepos terus cek kepada penjual tersebut. Antara aplikasi e-Dagang yang selalu digunakan oleh peserta adalah seperti www.mudah.my, www.lelong.com.my www.agribazar.com dan banyak lagi. Program ini berakhir dengan majlis penyampaian cenderahati kepada peserta kursus.


Galeri gambar semasa berlangsungnya Kursus e-Servis untuk Komuniti di Pusat Internet Desa Kuala Nerang



Wednesday, October 7, 2009

Program Rakan Muda 2009 ( Sesi II )


Program Rakan Muda 2009 (Elemen Rakan Muda Inovasi)
- Kursus Blog dan Internet

Anjuran : Pejabat Belia dan Sukan Padang Terap
Tempat : Pusat Internet Desa Kuala Nerang, Kedah
Tarikh : 10 - 11 & 14-15 Jun 2009
Masa : 2.00 petang - 6.30 petang
Bilangan peserta : 30 orang

Objektif :

Antara Objektif Program adalah memperkayakan penggunaan internet di kalangan golongan remaja di samping mereka dapat menambah pengetahuan mereka mengenai aplikasi internet ini.

Sedikit keterangan mengenai Blog

Apa itu Blog?blog adalah salah satu laman web yang kebiasaannya dipelihara oleh seseorang individu atau organisasi tertentu untuk memaparkan penulisan, deskripsi, atau satu bahan grafik mahupun video. Selalunya blog mengandungi komentar, berita, perkongsian maklumat serta diari persendirian secara online. Blog juga merupakan kombinasi sesebuah teks, gambar, video, mp3 dan ‘link’ ke satu blog ke blog, laman web lain, dan antara media yang ingin di sampaikan. Format yang paling penting untuk sesebuah blog, pembaca selalunya boleh meninggalkan komen. Kebanyakan blog dibina oleh seseorang adalah bergantung kepada inspirasi diri sendiri contohnya mereka fokus kepada seni ( art blog), fotografi, (photo blog), sketch blog, blog video, blog mp3, podcasting. Blog juga adalah salah satu media sosial yang berkembang secara meluas pada setiap masa

.Galeri gambar :



Sunday, October 4, 2009

Galeri Gambar

Lawatan Kerja KSU KTAK

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI

KE TAPAK PROJEK

DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS

6 DAN 7 FEBRUARI 2009


TARIKH

MASA

PROGRAM

05/02/2009

(Khamis)

1730

1940

Bertolak dari Perak ke Hotel Holiday Inn, Alor Setar.

Check in di Hotel Holiday Inn, Alor Setar.

Rehat.

06/02/2009

(Jumaat)

0730

0830

0945

1100

1120

1245

1415

1545

1615

1720

1745

1800

2000

Sarapan Pagi di Hotel Holiday Inn, Alor Setar

Bertolak ke Pusat Internet Desa (PID) Kuala Nerang

Dijangka tiba di PID Kuala Nerang

Lawatan dan perbincangan

Bertolak dari PID Kuala Nerang ke PDSI Felda Bukit Tembaga, Kuala Nerang

Dijangka tiba di PDSI Felda Bukit Tembaga, Kuala Nerang (USP 5)

Lawatan dan perbincangan

Makan tengah hari

Solat Jumaat

Bertolak ke tapak SchoolNet di SK Gelong

Dijangka tiba di SK Gelong (KBA 4008)

Bertolak dari SK Gelong ke tapak Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK)

Dijangka tiba di tapak PPIK, PD Kg Wang Tepus (USP Fasa 3)

Lawatan dan perbincangan

Bertolak dari PPIK ke hotel

Dijangka tiba di Hotel Holiday Inn, Alor Setar

Rehat

Makan Malam

07/02/2009

(Sabtu)

08/02/2009

(Ahad)

0730

0830

0945

1100

1430

1500

1520

1615

1645

1800

1830

2000

0730

1500

1530

Sarapan Pagi

Check out Hotel Holiday Inn, Alor Setar

Bertolak ke PID Simpang Empat, Perlis

Dijangka tiba di PID Simpang Empat, Perlis

Lawatan dan perbincangan

Bertolak dari PID Simpang Empat, Perlis ke tapak Pembentungan di Kangar

Dijangka tiba di tapak Pembentungan di Kangar

Lawatan dan perbincangan

Bertolak ke SMK Sains Tuanku Syed Putra, Behor Pulai (REE0072)

Dijangka tiba di SMK Sains Tuanku Syed Putra

Lawatan dan perbincangan

Bertolak dari SMK Sains Tuanku Syed Putra ke tapak USP di PA Kuala Perlis (USP Fasa 4)

Dijangka tiba di PA Kuala Perlis

Lawatan dan perbincangan

Bertolak ke Hotel Putra Palace, Kangar

Dijangka tiba di Hotel Putra Palace, Kangar

Check in

Rehat

Makan Malam

Sarapan Pagi

Check out Hotel Putra Palace, Kangar

Bertolak ke LT Alor Setar

Berlepas pulang ke KLIA

Lawatan tamat