Tuesday, November 24, 2009

Social Entrepreneurship Fair

Tarikh : 23 November 2009
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Masjid Lama, Naka
Aktiviti : Hari Terbuka Pusat Internet Desa Kuala Nerang

Perjalanan Program :

Program yang berlangsung selama sehari ini dijalankan dengan kerjasama daripada Perpustakaan Desa ataupun dikenali juga sebagai Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) untuk komuniti . Antara yang terlibat adalah Perpustakaan Desa Kampung Masjid Lama, Perpustakaan Desa Kampung Datuk, Perpustakaan Desa Kampung Borokhas dan Perpustakaan Desa Pekan Naka.

Bilangan peserta terdiri daripada dua golongan iaitu belia dan kanak-kanak. Sambutan daripada peserta begitu menggalakkan terutama sekali golongan kanak-kanak. Bagi golongan belia, peserta yang terlibat adalah sebanyak 45 orang manakala bagi kanak-kanak pula adalah seramai 57 orang.

Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan program ini kerana sedikit sebanyak mereka mendapat pendedahan mengenai aplikasi ICT. Mereka juga berharap agar program sebegini akan selalu diadakan kerana mereka bole mendapat pelbagai manfaat daripada program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

  1. Bengkel Publisher - (menghasilkan kalendar, kad nama, sampul surat dll)
  2. Bengkel Digital Story Telling (DST) - peserta telah diajar bagaimana hendak menghasilkan sebuah storyboard dan juga video)
  3. Taklimat Portal PID
  4. Bengkel Web 2.0 - (membuat emel, menggunakan yahoo messenger/Sykpe, dan membuat akaun Facebook)
  5. Pertandingan menaip (terpantas dan tepat)
  6. Pertandingan mewarna kanak-kanak
  7. Sukaneka - mengisi air dalam botol, bowling, mencari gula-gula dalam tepung, membawa getah menggunakan straw dan juga treasure hunt
Objektif Program :
  • Mendedahkan peserta dengan aplikasi ICT dan juga penggunaan internet
  • Merapatkan jurang digital komuniti setempat terhadap penggunaan aplikasi ICT
  • Mengeratkan hubungan antara komuniti setempat dengan Pusat Internet Desa (PID) Kuala Nerang dan juga Perpustakaan Desa
  • Mempromosikan PID dan Perpustakaan Desa kepada komuniti setempat

Galeri Gambar :


Social Entrepreneurship Fair

Tarikh : 19 November 2009
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Aktiviti : Lawatan ke Rumah Cendawan
Nama Usahawan : Mohd Khairul Naim



Social Entrepreneurship Fair

Tarikh : 18 November 2009
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Aktiviti :
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (Tadika Masjid Muadzam Shah, Kuala Nerang)


Social Entrepreneurship Fair

Tarikh : 17 November 2009
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Aktiviti : Workshop Digital Storytelling & Facebook



Monday, November 16, 2009

Social Entrepreneurship Fair

Tarikh : 11 November 2009
Masa : 4.oo petang - 6.30 petang
Aktiviti : Menyertai Delegasi ITU-UUM ke PID Balik Pulau